ROLID SETIA SDN BHD

LATARBELAKANG

Rolid Setia Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 17 Julai 2002 sebagai sebuah syarikat milik penuh Bumiputera. Syarikat ini berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) di bawah Gred G7, dan telah dianugerahkan pensijilan ISO 9001:2015 oleh AGM Certification Sdn Bhd, sebagai pengiktirafan terhadap sistem pengurusan kualiti yang cekap dan berkesan.
Dengan pengalaman melebihi 20 tahun dalam industri, Rolid Setia Sdn Bhd telah membina reputasi kukuh sebagai sebuah syarikat yang berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan kerja-kerja pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya di seluruh Malaysia. Kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang menepati piawaian tertinggi, berpaksikan kepada prinsip kualiti, kecekapan, dan inovasi. Keutamaan kami adalah untuk memastikan keselamatan serta keselesaan pengguna jalan raya dalam setiap projek yang dikendalikan.

Misi

Menjadi syarikat yang dinamik, berdaya saing dan berintegriti di dalam bidang pembinaan dan penyelenggaraan jalan raya.

Visi

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, cepat dan fleksibel untuk mencapai tahap kepuasan optimum kepada pelanggan

KEKUATAN SYARIKAT

Kewangan Kukuh

Kedudukan kewangan yang kukuh disokong oleh dana dalaman dan kemudahan kredit daripada institusi kewangan dan pembekal

Kakitangan Kompeten

Kakitangan Profesional yang berdedikasi tinggi, cekap dan komited untuk memberi standard tertinggi dalam memenuhi jangkaan pelanggan.

Jentera & Mesin

Memiliki set lengkap jenterajentera pembinaan moden bersama pengendali mahir yang bersedia untuk digerakkan pada bila-bila masa.

Pengalaman

2o tahun pengalaman dalam kerja-kerja pemulihan turapan & kerja penyelenggaraan jalan raya di Malaysia.

Kepakaran

Pakar dalam bidang pembaikan dan penyelenggaraan jalan secara konventional, CIPR & teknologi terkini bagi kerja pavemen

Prestasi

Tahap pencapaian prestasi yang terbukti melebihi jangkaan pelanggan

KAKITANGAN

Kakitangan profesional yang berdedikasi tinggi, cekap dan komited untuk memberi standard tertinggi dalam memenuhi jangkaan pelanggan.
Jumlah Kakitangan Orang
0
Bumiputera
0 %
Kakitangan Kerja-kerja Penyelenggaraan
0 %